KBS Cari Tapak Sesuai Bina 30 Padang Bola Sepak Rumput Tiruan

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan sedang mengenal pasti tapak untuk membina 30 padang bola sepak berumput tiruan di seluruh negara, yang akan dilaksana tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pembinaan setiap padang itu dianggar bernilai RM1.6 juta dan mampu bertahan sehingga 10 tahun dengan penjimatan daripada segi kos penyelenggaraan.

"Kos pembinaan sebuah padang rumput biasa menelan belanja sekitar RM500,000 dan penyelenggaraan untuk padang rumput agak susah kerana cepat rosak jika berterusan terkena cuaca," katanya

Pada pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi membina 30 padang bola sepak berumput tiruan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan membina 150 gelanggang futsal sebagai tambahan kepada gelanggang sedia ada bagi memastikan setiap mukim mempunyai sekurang-kurangnya sebuah gelanggang.

Sehingga kini terdapat 1,200 gelanggang futsal di seluruh negara dan 500 lagi sedang dibina, katanya.

"Gelanggang futsal serba guna meliputi pelbagai kemudahan sukan akan dibina di kawasan luar bandar dan kos untuk membinanya dianggar sekitar RM100,000. Namun kita kira harganya boleh dikurangkan lagi kerana dibina di luar bandar," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan