CIMB Asia Pacific Classic: Cabrera, Vegas Intai Keputusan Cemerlang Penampilan Sulung

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain golf Argentina, Angel Cabrera dan pemain Venezuela Jhonattan Vegas berharap mereka mampu memperoleh keputusan lebih baik menerusi penampilan sulung pada kejohanan CIMB Asia Pacific Classic.

Edisi kedua kejohanan anjuran bersama Asian Tour dan PGA Tour, CIMB Asia Pacific Classic akan bermula Khamis ini di The Mine Resort and Golf Club, Seri Kembangan dekat sini.

Kejohanan itu menawarkan jumlah hadiah keseluruhan yang lumayan iaitu USD6.1 juta (kira-kira RM9.5 juta).

"Permainan saya tahun ini kurang menjadi sehinggalah beberap minggu lepas di Sea Islan dan saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik," katanya pada satu sidang akhbar di sini, Isnin.

Cabrera, 42, yang pernah beraksi di The Mines Resort and Golf Club pada pertandingan Piala Dunia 1999 serta menduduki tempat kedua, yakin prestasinya kini berada pada tahap terbaik bagi meraih kecemerlangan di kejohanan tersebut tahun ini.

Beliau pernah menjuarai Terbuka AS dan The Masters, masing-masing pada 2007 serta 2009.

Cabrera menduduki tempat ketujuh pada kejuaraan The Masters tahun ini serta berada di tangga ketiga di Terbuka Scotland Julai lepas dan terikat pada kedudukan keenam di kejohanan McGladrey Classic di Amerika Syarikat minggu lepas.

Vegas, yang merangkul kejuaraan PGA Tour pertamanya Januari lepas, gembira membuat penampilan sulung pada kejohanan CIMB Asia Pacific Classic.

"Ini merupakan kejohanan hebat dengan ramai pemain berkualiti. Selalunya anda pasti teringin untuk menyertai pertandingan sebegini. Kita mempunyai ramai pemain yang pernah memenangi kejohanan dan ia adalah sesuatu yang bagus untuk berentap di luar Amerika Syarikat," kata pemain berusia 27 tahun itu.

Pemenang pertama kejuaraan, Ben Crane dari Amerika Syarikat serta bekas pemain nombor satu dunia Vijay Singh dari Fiji, adalah antara mereka yang bakal beraksi pada kejohanan kali ini.

Turut beraksi beberapa pemain golf Asia yang terkemuka seperti Thongchai Jaidee dari Thailand dan Jeev Milkha Singh dari India. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan