Paintball Piala Dunia Asia Langkawi Bakal Beraksi Dalam Dewan

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan Malaysia, Tune Talk Lost Boyz MSNK bakal beraksi dalam kategori Division 1 pada Piala Dunia Asia di Langkawi November ini. Foto: Chua Kok Hwa/ THE STAR
Pasukan Malaysia, Tune Talk Lost Boyz MSNK bakal beraksi dalam kategori Division 1 pada Piala Dunia Asia di Langkawi November ini. Foto: Chua Kok Hwa/ THE STAR

KUALA LUMPUR: Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia Langkawi (WCA2011) bakal menampilkan kelainan apabila semua pasukan akan beraksi di dalam dewan buat kali pertama pada 10 hingga 13 November ini di Dewan Pameran Mahsuri, Langkawi, Kedah.

Edisi sulung acara berskala dunia ini berlangsung di lokasi tertutup yang dilengkapi penghawa dingin dengan empat lapangan bersaiz antarabangsa. Setiap satunya mempunyai keluasan 18,000 kaki persegi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKR Events, Syed Mohd Rizal Syed Unan Mashri, jika sebelum ini semua peserta beraksi di tempat terbuka dan menghadapi faktor cuaca, namun pihak penganjur, PALS Event mengambil langkah berlainan dan mampu memberi pengalaman baru kepada semua.

“Kita mampu mencipta pelbagai rekod baru yang akan membanggakan industri negara, malah pencapaiannya nanti mungkin sukar dipercayai. Sokongan yang diterima cukup luar biasa dan kami bersemangat untuk mengendalikan acara ini,” katanya pada sidang media, Isnin.

Sementara itu, lebih 30 buah negara membabitkan penyertaan 150 pasukan bakal beraksi pada kejohanan ini sekali gus menyaksikan 1,000 pencinta sukan ini bersatu di Langkawi.

Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis Filipina, Singapura, Indonesia, Jepun, India Korea Selatan, Taiwan, Rusia dan Afrika Selatan.

“Ia mendapat sambutan besar, malah bakal melakar sebagai pencapaian terbaik di Asia sekali gus mampu mencatat nama WCA di Asia yang memiliki pengaruh kepada pasaran paintball dunia,” kata Pengarah Pertandingan WCA merangkap Pengasas PALS Event, Paul Lam.

Sebanyak empat kategori yang dipertandingkan termasuk Division 1, Division 2, Division 3 dan Division 4.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 Oktober ini (pasukan tempatan) dan 1 November bagi pasukan antarabangsa.

WCA 2011 juga turut diadakan lokasi penganjuran Piala Intercontinent di mana pasukan terbaik dari setiap rantau akan bersaing untuk merebut gelaran pasukan terbaik dunia.

Turut diadakan acara sampingan Commond & Conquer yang akan berlangsung di LISRAM, Langkawi pada 13 November serta Ekspo Paintball WCA.

Pertandingan ini turut menerima sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pelancongan Malaysia, Kerajaan Negeri Kedah serta Perbadanan Pembangunan Langkawi (LADA).

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan