Tujuh Pelumba TSG Bawa Cabaran Di Tour Of Hainam

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan lumba basikal profesional Terengganu Terengganu Cycling Team (TSG) menyenaraikan seramai tujuh pelumba untuk menyertai kejohanan Tour Of Hainam, China bermula Khamis.

Pengurus pasukan Ahmad Kamarul Idrus berkata mereka terdiri daripada empat pelumba tempatan, dua pelumba Korea dan seorang pelumba Jepun, yang akan membawa cabaran di kejohanan itu.

Beliau berkata mereka terdiri Anuar Manan, Haris Salleh, Amirul Fakharuddin, Mohd Shahrul Mat Amin (pelumba tempatan), Cha Jang Jae, Kim Do Hyoung (Korea)dan Motoi Nara (Jepun).

"Pasukan itu akan diketuai oleh pelumba sensasi Anuar Manan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Ahmad Kamarul berkata kira-kira 30 pasukan dari Eropah dan Asia akan menyertai kejohanan selama sembilan hari itu dan sasaran TSG cuba dapat jersi pecut melalui Anuar selain memenangi acara-acara yang lain.

Beliau berkata ini merupakan kejohanan profesional yang ke-16 disertai sejak TSG ditubuhkan oleh kerajaan negeri Terengganu tahun ini.

Selepas ini, katanya TSG akan menyertai satu lagi kejohanan sebelum tirai tahun 2011 dilabuhkan iaitu Tour Okinawa Jepun yang akan bermula dari 12 hingga 13 November.

Katanya untuk kejohanan itu TSG telah menyenaraikan lima pelumba untuk membawa cabaran iaitu Yusrizal Usop, Amirul Fakaruddin, Mohd Sobri Abdullah, Motoi Nara dan Shinichi Fukushima.

Ahmad Kamarul berkata antara kejohanan yang sudah disertai TSG ialah Tour Brunei, Jelajah Jawa Timur, Indonesia dan Le Tour de Langkawi.

Beliau berkata sebagai sebuah pasukan baru dalam arena lumba basikal antarabangsa, setiap kejohanan yang disertai TSG mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan