LIMBC: Pelumba Afrika Selatan Muncul Juara Hari Pertama

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelumba Afrika Selatan, Burry Stander yang merupakan pelumba basikal bukit keenam terbaik dunia menepati ramalan apabila menjuarai acara merentas desa maraton pada Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2011 di hari pertama Selasa.

Juara Afrika Selatan itu mempamerkan persembahan terbaiknya hari ini dengan mendahului sejak awal perlumbaan dan mencatat masa 2 jam 24 minit 5 saat untuk menjuarai acara kategori lelaki elit.

Pencabar terdekatnya, Karl Platt dari Jerman mencatat masa 2:24.8 saat dan Thomas Dietsch dari Perancis menduduki tempat ketiga dengan masa 2:26.12 saat.

Kategori wanita elit dimenangi peserta Switzerland, Nathalie Schneitter yang mencatat masa 2:56.40 saat diikuti rakan senegara Vivienne Meyer (2:56.46 saat) dan ketiga Jodie Willet dari Australia (2:56.52 saat).

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarungkan jersi kuning kepada Stander, 24, yang menjurai peringkat pertama kejohanan lima hari ini yang mempertandingkan lima acara. Keputusan penuh hari pertama:

Kategori lelaki elit: 1. Burry Stander (Afrika Selatan) 2. Karl Platt (Jerman) 3. Thomas Dietsch (Perancis)

Kategori wanita elit: 1. Nathalie Schneitter (Switzerland) 2. Vivienne Meyer (Switzerland) 3. Jodie Willet (Australia)

-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan