Pemimpin Persatuan Sukan Mungkin Diwajib Sertai Kursus Pengurusan

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mungkin mewajibkan pemimpin persatuan sukan mengikuti kursus pengurusan bagi memastikan pentadbiran persatuan dikendalikan dengan lebih lancar.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata KBS akan mengkaji cadangan itu terlebih dahulu sebelum mewajibkannya bagi pemegang jawatan dalam persatuan sukan.

"Cadangan ini bertujuan memastikan setiap pemegang jawatan tertinggi persatuan memahami sepenuhnya konsep pengurusan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pra-pelancaran Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1, di sini, Isnin.

Menurutnya, cadangan mengikuti kursus itu meliputi anggota lembaga pengarah badan sukan termasuk yang sudah lama berkhidmat, dan mereka menghadapi risiko dilarang memegang jawatan jika enggan berbuat demikian.

Seramai 40 peserta dari persatuan sukan kebangsaan dan negeri dijangka mengikuti KPSK selama empat hari mulai 24 Okt ini di Lumut, Perak. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan