New Zealand Hormati Perancis

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

All Blacks bakal bertemu Perancis pada aksi akhir ragbi Piala Dunia, Ahad ini.
All Blacks bakal bertemu Perancis pada aksi akhir ragbi Piala Dunia, Ahad ini.

JURULATIH New Zealand, Graham Henry memberi amaran kepada pemain-pemainnya supaya tidak memandang rendah kepada pasukan Perancis pada aksi akhir ragbi Piala Dunia 2011 pada Ahad ini.

Biarpun skuad All Black ini berjaya menumpaskan Perancis 37-17 pada saingan kumpulan, Henry percaya skuad itu mampu bangkit dan mempamerkan aksi terbaik mereka.

Perlawanan ini juga sekali gus mengimbas kembali pertemuan akhir edisi pertama kejohanan pada tahun 1987 yang menyaksikan All Black meraih gelaran juara.

Henry yang kembali mengemudikan pasukan ini selepas dipecat kerana tewas kepada Perancis pada aksi suku akhir Piala Dunia 2007 merupakan orang yang sesuai untuk melakukan percaturan ketika menentang pasukan itu.

“Walaupun meraka menewaskan Wales secara tipis pada pusingan separuh akhir, kami semua sedar kemampuan pasukan itu.

"Kami hanya tewas sekali di tempat sendiri dalam tempoh lapan tahun dan menang semua perlawanan selepas tersingkir pusingan suku akhir 2007.

“Bagi persiapan akhir ini, tidak ada banyak perubahan yang dilakukan dan kami hanya akan membaiki taktikal permainan.

"Saya Perancis boleh menjadi pasukan terbaik jika hari itu hari terbaik mereka,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan