KBS Rai 27 Atlet Negara Bergelar Graduan

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) malam tadi meraikan 27 atlet negara yang telah menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata mereka adalah pemegang ijazah sarjana muda dalam pelbagai jurusan yang dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

"Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua atlet graduan dan difahamkan seramai 513 atlet negara di bawah MSN diberi peluang untuk menyambung pengajian di UPM," katanya pada majlis tersebut di sini.

Antara atlet elit ialah Mariani Mohamad Rafli (menembak), Craig Joseph Fernandez (Hoki), Siti Soleha Mohd Yusof (Memanah), Mohd Azam Azmi (Gimnastik).

Atlet pelapis pula terdiri dari Nur Syakirah Yeoh, Tengku Ariff Tengku Zahri, Lina Marissa Zamri dan Wan Muhd Fauzwan Wan Muhd Yusof (Boling).

Antara jurusan pengajian yang diambil oleh mereka ialah komunikasi, perakaunan, sains pembangunan sumber manusia, pendidikan jasmani dan pendidikan bimbingan dan kaunseling. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan