250 Pelumba Dari Serata Dunia Sertai LIMBC 2011 Hari Ini - Sukan Ekstra | mStar

250 Pelumba Dari Serata Dunia Sertai LIMBC 2011 Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seramai 250 pelumba termasuk beberapa jaguh bertaraf dunia akan mengambil bahagian dalam Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2011 di sini hari ini.

Ketua Eksekutif Human Voyage, Datuk Malik Mydin, berkata penganjuran LIMBC 2011 telah menarik penyertaan peserta handalan termasuk dari Afrika Selatan, Australia, Sri Lanka, Singapura, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Dalam sidang media di sini Isnin, Malik, selaku penganjur kejohanan itu, telah memperkenalkan juara Afrika Selatan dan pelumba keenam dunia dalam sukan basikal bukit, Burry Stander.

Selain Stander, 24, kejohanan itu turut disertai oleh jaguh wanita Itali, Mechela Benzoni pada kejohanan yang berakhir Ahad ini. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan