TCG Ungguli Acara Kenny Height Ultimate City Race - Sukan Ekstra | mStar

TCG Ungguli Acara Kenny Height Ultimate City Race

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Trio Kumpulan Berbasikal Terengganu Pro-Asia (TCG) mengungguli acara Kenny Height Ultimate City Race dalam perlumbaan OCBC Cycle Malaysia 2011, Ahad.

Pelumba TCG Mohd Hariff Salleh, 23, beraksi cemerlang apabila melepasi garisan penamat dengan catatan satu jam 26 minit satu saat dan meninggalkan abangnya, Mohd Zamri, 28, dengan perbezaan masa mili saat sahaja.

Tempat ketiga dimenangi Anuar Manan, 25, dengan perbezaan masa mili saat di belakang Mohd Zamri.

Mohd Hariff, Mohd Zamri dan Anuar masing-masing menerima wang tunai RM750, RM500 dan RM300 pada majlis penyampaian hadiah di Dataran Merdeka di sini.

Mohd Hariff berkata kemenangan itu merupakan kejayaan buat TCG yang saling bekerjasama hingga ke garisan penamat.

Seramai 3,500 peserta mengambil bahagian dalam perlumbaan dua hari anjuran Spectrum Worldwide dengan kerjasama OCBC Bank Malaysia Berhad, yang bermula Sabtu di Dataran Merdeka.

Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan dalam perlumbaan itu, yang julung kali diadakan di Malaysia, termasuk The Challenge sejauh 52 km, Community Ride (21 km), dan Kenny Height Ultimate City Race (58.8 km).

Perlumbaan kanak-kanak iaitu Tricycle Ride (100 meter), Mighty Saver Kids Ride (4 km) diadakan untuk kategori 6-7 tahun, 8-9 tahun dan 10-12 tahun.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut menyertai kategori The Community Ride bersama-sama 1,200 pelumba, berkata konsep bandar berbasikal perlu dilaksanakan di setiap bandar ke arah menggalakkan gaya hidup sihat.

"Saya berharap pihak berkuasa tempatan menyediakan lorong berbasikal terutama sekali di taman-taman perumahan," katanya pada sidang media di sini.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan