KBS Akan Bincang Soal Keselamatan Atlet Di Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan pihak berkuasa Indonesia mengenai aspek keselamatan atlet dan pegawai kontinjen Malaysia ke Sukan SEA yang bermula 11 November depan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian juga bersedia untuk membawa pegawai khas bagi mengawal keselamatan kontijen Malaysia jika dipersetujui pihak berkuasa republik itu.

"Jika tidak ada persetujuan kita akan hormati keputusan mereka dan keupayaan mereka untuk mengawasi kita," katanya di sini, Ahad.

Ahmad Shabery berkata Malaysia pernah membawa pegawai keselamatan mengiringi kontinjen negara ketika menyertai Sukan Komenwel di New Delhi, India tahun lepas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang kebimbangan keselamatan atlet dan pegawai kontijen Malaysia yang akan bertanding di Indonesia pada bulan depan berikutan sentimen terbaru anti-Malaysia di negara itu sekarang.

Rabu lalu, kumpulan dari Forum Betawi Rempug (FBR) melakukan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta sehingga menyebabkan kerosakan di pagar bangunan kedutaan.

Aksi tunjuk perasaan yang dipimpin Pengarah FBR Edwan Hamidy tercetus ekoran kenyataan Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T.B Hasanuddin yang mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar tanah di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, Kalimantan kerana dicuri Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery yang sebelum itu menghadiri majlis ramah mesra bersama warga polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, melahirkan keyakinan terhadap keupayaan pihak Indonesia mengawasi keselamatan kontijen negara.

"Saya percaya kerajaan Indonesia akan memberikan perlidungan sepenuhnya bukan sahaja kepada kontijen Malaysia tetapi juga kepada kontijen negara lain yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

"Saya juga penuh yakin kerajaan Indonesia akan menempatkan pegawai keselamatan mereka dengan lebih ramai dan dalam konteks sekarang dengan sedikit tumpuan akan diberikan kepada atlet Malaysia," katanya.

Beliau juga yakin demonstrasi itu tidak akan berpanjangan kerana kerana isu berpunca daripada masalah politik dalaman negara berkenaan yang sengaja menjadikan Malaysia sebagai mangsa untuk mendapat kelebihan politik.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery meminta agar semua atlet supaya tidak risau dengan perkara tersebut, sebaliknya menumpukan kepada kejohanan dan menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam mengharumkan nama negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan