Giliran Atlet Mesir Ungguli Hari Kedua Kejohanan

Diterbitkan: Sabtu, 15 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Giliran atlet Mesir pula mengungguli hari kedua Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia Ketujuh di sini Jumaat.

Mereka memenangi tiga pingat emas daripada lapan yang ditawarkan bagi kategori junior usia 16 hingga 17 tahun di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka malam tadi.

Jepun memenangi dua emas, kedua-duanya menerusi acara kata manakala Turki, Hungary dan England masing-masing memperolehi satu emas.

Atlet wanita Mesir memenangi emas permulaan bagi berat badan bawah 53 kilogram kumite menerusi Yassmin Attia yang menewaskan peserta Jepun, Sara Yamada dengan kemenangan mata selesa 4-0.

Ahmad Abidou memungut emas kedua negara itu bagi kategori lelaki bawah 55 kilogram menewaskan peserta Turki, Emre Cewahir juga dengan mata selesa 7-0 manakala pingat ketiga juga menerusi kategori lelaki bawah 68 kilogram oleh Abdalla Ahmed yang menewaskan peserta Iran, Sajad Hayati Laleh dengan kemenangan mata 6-2.

Jepun membolot dua emas yang ditawarkan bagi acara kata yang juga dikenali sebagai "karate bunga", aksi tanpa tempur, menerusi peserta wanita Kiyou Shimuzu yang menewaskan peserta Vietnam, Ha Mi Do, 5-0 manakala peserta lelakinya, Toshifumi Nakashin mudah menewaskan peserta Turki, Ali Sofuoglu dengan mata 5-0.

Turki yang mendominasi acara akhir bawah 21 tahun semalam dengan menggondol empat emas yang mana tiga oleh atlet wanitanya, menang satu pingat emas untuk keseluruhan lima pingat emas menerusi peserta wanita bagi kategori kumite, bawah 48 kilogram oleh Neslihan Caliskan yang menewaskan peserta Mesir, Areeg Rashid dengan mata 3-0.

Hungary dan England memenangi pingat emas pertama menerusi kategori lelaki.

Dome Szegedi, Hungary menungguli acara bawah 61 kilogram menewaskan peserta Latvia, Nikolajs Bodrovs dengan mata 3-1 manakala peserta England, Thomas Hickman menang bagi berat badan bawah 78 kilogram mengatasi peserta Mesir, Mohamed Radwan dengan mata selesa 5-0.

Pada hari ini, sembilan lagi pingat emas ditawarkan manakala hari penutup pada Ahad pula menawarkan enam pingat emas untuk keseluruhan 31 pingat emas yang dipertandingkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan