Terengganu Anjur Kejohanan Sepak Takraw Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSTNT) memecah tradisi apabila menganjurkan kejohanan sepak takraw tertutup wanita Terengganu awal November ni.

Presidennya Mohd Shapian Ali berkata kejohanan itu bertujuan menguji sejauh mana sambutan dan kemampuan pemain-pemain wanita di negeri ini dalam sukan yang dikuasai kaum lelaki itu.

"Kami akan cuba mencipta sejarah dan ini merupakan kali pertama kejohanan sepak takraw wanita dianjurkan di negeri ini," katanya di sini, Khamis.

Mohd Shapian berkata kejohanan itu juga sebagai persediaan Terengganu untuk menghadapi Sukma tahun depan dan ini merupakan gelanggang terbaik bagi mencari bakat.

Beliau berkata kejohanan ini mungkin akan dijadikan acara tahunan pada masa akan datang memandangkan sukan itu mula diminati oleh kaum wanita di negeri ini. Mohd Shapian berkata beliau yakin kejohanan itu akan mendapat sambutan daripada pasukan-pasukan sepak takraw wanita di Terengganu terutamanya daripada sekolah-sekolah di negeri itu.

Dalam masa yang sama, beliau berkata PSTNT akan menganjurkan kejohanan sepak takraw bagi merebut Pala Pesiden PSTNT sebagai penutup tirai aktiviti tahun 2011.

Mohd Shapian berkata kejohanan yang bertujuan menggalakan orang muda bermain sepak takraw itu terbuka kepada semua tanpa mengira umur.

PSTNT sedang mencari bakat baru untuk mewakili negeri dalam pelbagai kejohanan kebangsaan tahun depan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan