Polis Indonesia Perketat Kawalan Keselamatan Di Jakarta, Palembang

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Nasional Indonesia mengambil langkah memperketatkan kawalan keselamatan di Jakarta dan Palembang menjelang berlangsungnya temasya Sukan SEA ke-26 dari 11 hingga 22 November ini.

Portal akhbar Jakarta Post hari ini memetik Ketua Divisi Operasi Polis Jakarta Sujarno sebagai berkata pasukan itu telah menyusun operasi khas di kedua-dua venue temasya tersebut.

Beliau berkata antara jenayah yang disasarkan ialah kecurian dan keganasan termasuk kecurian kenderaan, peras ugut dan pengutipan hutang secara tidak sah, selain penderaan.

Sementara itu jurucakap pihak berkuasa Sumatera Selatan Sabaruddin Ginting berkata mengawal keselamatan venue Sukan SEA adalah keutamaan pasukan polis.

Dalam pada itu, pentadbiran Jakarta telah mengharamkan aktiviti merokok di semua venue dan hotel yang digunakan untuk temasya tersebut.

Ketua penguatkuasa di Agensi Pengurusan Alam Sekitar Jakarta Ridwan Panjaitan berkata semua 24 venue di Jakarta telah diisytihar sebagai zon bebas merokok.

Beliau bagaimanapun berkata tidak ada hukuman keras dikenakan kepada yang melanggar arahan itu, selain kawasan khas disediakan di luar venue bagi yang mahu merokok.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan