Regata Perdana Antarabangsa Langkawi Diiktiraf Sebagai Gred 3 - Sukan Ekstra | mStar

Regata Perdana Antarabangsa Langkawi Diiktiraf Sebagai Gred 3

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) memberi pengiktirafan kepada Regata Perdana Antarabangsa Langkawi sebagai kejohanan bertaraf gred tiga.

"Pengiktirafan ini diberi kerana penganjurannya membabit penyertaan pelayar antarabangsa," kata Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Perahu Layar Kedah (PPLK) berkata ini adalah julung kali regata itu yang dianjurkan PPLK dan sudah memasuki edisi kesembilan mendapat pengiktirafan daripada badan antarabangsa.

"Kita akan pastikan regata ini dianjurkan lebih hebat dan menarik lebih ramai pelayar antarabangsa menyertainya," katanya.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan