Skuad Takraw Diminta Raih Kembali Emas Sukan SEA

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun prestasi skuad sepak takraw negara kini umpama 'yoyo', namun Majlis Sukan Negara (MSN) masih percaya pemain negara mampu mencipta kejutan pada Sukan SEA Indonesia November ini.

Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong berkata skuad kebangsaan perlu kembali bangkit di Indonesia selepas meraih emas buat kali terakhir pada temasya Sukan SEA Manila 2005.

"Saya yakin pemain kita mampu melakukan sesuatu walaupun kebelakangan ini keputusan daripada perlawanan yang mereka sertai tidak begitu menggalakkan.

"Kalau pasukan kita nombor dua, orang kata kita gagal... semua orang mahu skuad negara menjuarai kesemua pertandingan," katanya kepada pemberita selepas meninjau latihan skuad sepak takraw kebangsaan di Bukit Jalil pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau meminta pemain meningkatkan latih tubi dan memberi perhatian optimum terhadap permainan, terutama acara regu sebelum menyertai temasya berkenaan.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan