Jamaluddin Sasar Satu Pingat Emas Di Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih sepak takraw negara, Jamaluddin Hassan menaruh harapan tinggi untuk melihat satu pingat emas dibawa pulang pada Sukan Sea di Indonesia bulan depan.

Walaupun sedar prestasi turun naik pasukan, Jamaluddin tetap yakin acara regu atau berpasukan mampu melahirkan satu emas.

"Saya tahu bukan tugas mudah untuk berhadapan dengan pasukan negara lain, Thailand terutamanya.

"Tetapi jika lihat pada rekod sepanjang tahun ini, kita hanya kalah dengan perbezaan mata yang kecil sahaja dengan Thailand. Sebab itulah saya berani meletakkan sasaran emas pada skuad ini.

"Dalam tempoh lebih kurang sebulan ini, kami akan cuba membaiki beberapa kelemahan yang ada," katanya kepada media selepas mengiringi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong ke tempat latihan, Selasa.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, sehingga kini seramai 16 pemain gigih menjalani latihan sebelum senarai akhir dibuat tidak lama lagi.

"Sebelum berangkat ke Indonesia kami akan mengeluarkan senarai akhir pemain.

"Tekong, Noor Azman Abd Hamid kini menjalani rawatan bagi kecederaan di bahagian belakang dan kami harap dia akan kembali sembuh," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan