Hong Kong Sah Beraksi Di Langkawi

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Hong Kong mengesahkan akan bertanding pada Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Langkawi kali ke-10 bagi merebut Piala Mahsuri di Kompleks Sukan Langkawi di sini dari 12 hingga 17 November ini.

Setiausaha kejohanan itu Datuk Shukri Ahmad berkata ini adalah julung kali Hong Kong bertanding pada kejohanan itu.

Katanya Singapura turut akan menghantar pasukan ke kejohanan itu yang dianjurkan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Persatuan Lawn Bowl Malaysia.

Sebelum ini, juara bertahan Filipina mengesahkan akan mempertahankan kejuaraan mereka.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan