Ainil Sasar Kedudukan 20 Terbaik Di KLGCC

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Empat pemain golf wanita (dari kiri) Tanaporn Kongkiatkrai, Ainil Johani Abu Bakar, Porani Chutichai dan Aretha Pan meraikan kejayaan mereka selepas beraksi pada sesi kelayakan bagi kejohanan LPGA Sime Darby Malaysia baru-baru ini.
Empat pemain golf wanita (dari kiri) Tanaporn Kongkiatkrai, Ainil Johani Abu Bakar, Porani Chutichai dan Aretha Pan meraikan kejayaan mereka selepas beraksi pada sesi kelayakan bagi kejohanan LPGA Sime Darby Malaysia baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Pemain golf negara, Ainil Johani Abu Bakar meletakkan sasaran untuk berada dalam kedudukan 20 terbaik pada Kejohanan Golf LPGA Malaysia Sime Darby yang bakal membuka tirainya pada 13 hingga 16 Oktober ini di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC).

Ainil yang bergelar pemain profesional sejak tahun lalu kini berada dalam keadaan bersedia untuk beraksi bersama bintang dunia yang lain.

“Saya masih menjalani latihan seperti biasa sebelum menjelang kejohanan ini. Dalam masa sama, saya sangat teruja kerana bakal bermain dengan pemain-pemain terkenal dunia.

"Pastinya peluang ini saya akan gunakan sebaik-baiknya.

"Mengenai sasaran pula, saya sangat realistik, lebih-lebih lagi ramai pemain hebat dunia turut beraksi di sini dan saya menyasarkan untuk berada dalam senarai 20 pemain terbaik keseluruhan,” katanya kepada mStar Online.

Ainil layak beraksi pada kejohanan ini selepas mencatat keputusan baik pada pusingan Kelayakan LPGA baru-baru ini bersama seorang lagi pemain amatur negara, Aretha Pan.

Selain Ainil dan Aretha, dua lagi pemain Malaysia yang turut beraksi di sini ialah Jean Chua (profesional) serta Kelly Tan (amatur).

Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Yani Tseng yang baru merangkul gelaran keenam LPGA tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Golf Hana Bank Ahad lalu akan turut mempamerkan aksi terbaiknya di KLGCC tahun ini.

“Saya gembira kerana sekali lagi dapat kembali ke Malaysia. Tahun lalu menyaksikan saingan sangat menarik ditambah pula dengan kehadiran penyokong yang ramai.

“Tahun ini mungkin tuah berpihak kepada saya kerana banyak menjuarai kejohanan. Saya tidak ada apa-apa formula istimewa dan hanya memberi fokus ketika bermain dan akan melakukan yang terbaik setiap pukulan yang dibuat,” katanya.

Selain, Tseng sembilan pemain terbaik dunia turut hadir merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai US1.9 juta (RM6.1 juta) termasuk Suzann Pettersen, Jiyai Shin, Ai Miyazato, Paula Creamer, Cristie Kerr, Na Yeon Choi, Brittany Lincicome dan Stacy Lewis.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan