Jurulatih KLHC Ingatkan Pemain Jangan Leka

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun laluan ke perlawanan akhir kelihatan mudah, pemain Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) diingatkan supaya tidak leka dan mengamalkan sikap sambil lewa.

Jurulatih juara Liga Hoki Malaysia 2011 R.Vivekanandan berkata pemain haruslah mengekalkan sikap kompetitif di samping meningkatkan kekuatan mental bagi menghadapi pusingan suku akhir yang akan bermula esok.

"Walaupun kelihatan mudah (laluan ke akhir) KLHC menganggap semua pasukan pada taraf yang sama, terutamanya pasukan UniKL dan Maybank yang boleh mencabar peluang kami ke final.

"Ini kerana pada perlawanan suku akhir dan separuh akhir apa yang mustahak adalah siapa yang dahulu menjaringkan gol dan siapa yang dahulu menang," katanya pada sidang akhbar Piala Hoki Malaysia di sini, Selasa.

KLHC akan bertemu juara divisyen satu iaitu pasukan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) pada perlawanan suku akhir pertama esok manakala perlawanan suku akhir kedua akan diadakan Jumaat ini. Vivekanandan berkata anak buahnya tidak boleh memandang rendah pada SSTMI, bahkan perlu berwaspada memandangkan mereka tidak mengetahui kekuatan sebenar pasukan yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah itu.

"Kita tidak boleh anggap bahawa kemenangan sudah ada dalam tangan walaupun kita menentang pemain-pemain muda. "Ini kerana seperti UniKL yang turut terdiri daripada pemain muda, mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu mengalahkan pasukan-pasukan handal," katanya. Sementara itu dalam perlawanan suku akhir yang lain esok, UniKL dijadual bertemu Maybank, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhadapan dengan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) manakala Nur Insafi akan menentang pasukan Sapura. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan