Alex Liew Ketuai Cabaran Skuad Boling Ke Sukan Sea

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain senior Alex Liew akan mengetuai skuad boling lelaki seramai enam peserta bagi menggalas cabaran negara pada edisi ke-26 Sukan SEA Indonesia, bulan depan.

Selain Alex, Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) turut memilih Aaron Kong, Adrian Ang, Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Muhammmad Nur Aiman Muhammad Khairuddin dan Zulmazran Zulkifli.

Bagaimanapun, ketua jurulatih negara Holloway Cheah berkata bagi skuad wanita, hanya pemenang pingat emas tunggal negara pada Kejohanan Wanita Dunia di Hong Kong awal bulan ini, Jacqueline Jenelee Sijore, telah mengesahkan tempat.

"Lima pemain wanita lain bagi Sukan SEA akan diumumkan hujung bulan ini," katanya.

Skuad boling negara muncul juara Sukan SEA acara itu pada edisi 2007 di Korat, Thailand, dengan merangkul empat emas, tiga perak dan enam gangsa.

Bagaimanapun, acara boling tidak dipertandingkan pada edisi lepas di Laos, pada 2009. Sukan SEA Indonesia akan diadakan di Jakarta dan Palembang, dari 11 hingga 24 November ini.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan