Banjir Dijangka Landa Venue Sukan Sea Di Palembang

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Forum alam sekitar Indonesia Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (Walhi) cawangan Palembang memberi amaran musim hujan yang melanda rantau ini hujung bulan ini akan menyebabkan banjir di beberapa venue Sukan SEA.

Pegawainya Hadi Jatmiko berkata ibu kota Sumatera Selatan itu mempunyai sejarah kejadian bajir ketika musim tengkujuh, dan tahun lepas sahaja Palembang dilanda banjir 48 kali.

Paling buruk ialah pusat utama temasya iaitu Bandar Raya Sukan Jakabaring yang dibangunkan di atas bekas kawasan paya, kata Hadi kepada Jakarta Globe dalam laporan ekslusifnya pada Khamis.

"Sumatera Selatan kini menghampiri penghujung musim kemarau dan menurut BMKG (Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika) musim hujan akan bermula pada akhir Oktober. Banjir dijangka melanda venue Sukan SEA," katanya.

Hadi berkata Walhi telah menentang keras pembinaan stadium untuk acara sukan antarabangsa itu kerana percaya pembinaan tersebut akan memburukkan lagi keadaan banjir di bandar raya berkenaan.

Beliau turut menasihatkan pihak berkuasa tempatan agar bersedia untuk kejadian banjir besar.

Sementara itu Imam Hendargo dari Kementerian Alam Sekitar berkata Bandar Raya Sukan Jakabaring tidak akan dibina tanpa meneliti hasil kajian impak alam sekitar.

Sementara itu, pengarah bagi pusat perubahan cuaca dan kualiti udara BMKG Advin Aldrian mengesahkan musim hujan akan bermula akhir bulan Oktober atau November di Palembang.

"Saya tidak tahu apakah persediaan yang telah mereka lakukan. Banjir boleh diatasi menerusi sungai buatan manusia, tetapi saya tidak tahu apakah rancangan mereka dalam menghadapi musim hujan," katanya.

Ketika masa hanya tinggal sebulan lebih sebelum temasya bermula, penganjur berusaha menyiapkan kemudahan mengikut jadual, sementara beberapa venue di Palembang seperti stadium acara trek dan padang, pusat akuatik serta padang besbol masih jauh untuk siap, kata laporan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan