Malaysia Sasar Dua Emas Di Kejohanan Karate Remaja Dan Kadet Dunia

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Malaysia menyasarkan dua pingat emas pada Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia ketujuh yang akan diadakan pada 13 hingga 16 Oktober di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata lebih 2,000 peserta dan pegawai akan menghadiri kejohanan dwitahunan selama empat hari itu dan kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah acara karate remaja.

"Sehingga semalam, 77 buah negara telah mengesahkan bertanding dengan penyertaan seramai 1,200 peserta," katanya kepada pemberita pada majlis publisiti kejohanan itu di Taman Botanikal, Ayer Keroh pada Selasa.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Karate Senior Dunia yang diadakan di Sabah pada 1994.

Mohd Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijadual merasmikan kejohanan anjuran bersama Kerajaan negeri Melaka dan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) pada 13 Oktober.

Mohd Ali, yang juga Presiden MAKAF, berkata peserta-peserta negara yang bertanding akan mula mendaftar di hotel penginapan pada Jumaat ini dan dua venue latihan persediaan atlet disediakan iaitu di Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh dan Kompleks Komuniti Paya Rumput.

Katanya antara acara yang dipertandingkan ialah kategori individu dan berpasukan bagi acara kate dan kumite dan kategori berat badan antara 48 kilogram hingga 78 kilogram.

"Walaupun Malaysia belum pernah memenangi apa-apa pingat dalam kejohanan seumpama ini sejak dipertandingkan, kita harap kejohanan di tempat sendiri dapat menyuntik semangat para peserta negara," katanya.

Beliau berkata tiada bayaran dikenakan bagi para penonton menyaksikan kejohanan itu dan berharap publisiti kejohanan akan meningkatkan imej sukan karate negara di persada antarabangsa.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Algeria, Argentina, Australia, Austria, Indonesia, China, Jepun, Amerika Syarikat, Sepanyol, Portugal, England, Vietnam dan Wales. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan