12 Pasukan bakal Berentap Pada Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebanyak 12 pasukan termasuk juara bertahan Wilayah Persekutuan akan berentap merebut kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring peringkat kebangsaan kali ke-33 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini mulai Rabu.

Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia Suraya Yaacob berkata kejohanan pada 5 hingga 8 Oktober itu julung kali dianjurkan di luar Lembah Klang dan pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada empat kumpulan.

Beliau berkata juara bertahan Wilayah Persekutuan dijangka mendapat laluan mudah apabila akan berhadapan dengan Melaka dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kumpulan A manakala dalam kumpulan B Selangor akan bertemu Negeri Sembilan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kumpulan C pula melibatkan Johor, Sabah dan Perlis manakala Kedah akan menerima tentangan hebat daripada Perak dan Terengganu dalam saingan Kumpulan D.

"Kejohanan ini menjadi medan untuk kami memilih beberapa pemain skuad bola jaring kebangsaan yang akan bersaing pada kejohanan Asia di Sri Lanka tahun depan," katanya kepada pemberita di sini.

Suraya berharap orang ramai dapat hadir menyaksikan kejohanan itu kerana masuk adalah percuma serta berpeluang melihat persembahan yang bertenaga daripada pemain yang mewakili setiap negeri.

Perasmian penutup dijangka disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan