Wendy & Mun Yee Azam Pertahan Emas di Sukan SEA

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee dan Leong Mun Yee bertekad mempertahankan pingat emas bagi acara 3m papan anjal seirama wanita pada temasya Sukan SEA di Palembang, November ini.

Wendy, 18, berkata beliau dan Mun Yee akan sekali lagi digandingkan dan berharap mampu mempertahankan gelaran juara yang diraih pada Sukan SEA edisi Laos 2009. "Kami bakal beraksi bersama buat kali kedua di Sukan SEA dan berharap dapat beraksi lebih baik berbanding sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Pemenang pingat perak bagi acara yang sama di temasya Sukan Asia, Guangzhou, China 2010 itu berkata jurulatih dan rakan banyak membantunya memperbaiki persembahan sepanjang menjalani latihan persiapan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

Beliau berkata Mun Yee adalah seorang penerjun berpengalaman dan banyak membantunya memperbaiki prestasi dari semasa ke semasa.

Pada temasya Sukan SEA ke-25 di Laos, pasangan penerjun negara itu berjaya meraih pingat emas dalam acara 3m papan anjal seirama wanita, dan ia merupakan kemunculan pertama bagi Wendy dalam acara itu.

Untuk rekod, ketika beraksi di Sukan SEA Laos 2009, skuad terjun negara menjadi penyumbang utama pingat kepada kontinjen negara dengan meraih enam emas, satu perak dan dua gangsa. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan