P.Maniam Optimis Pilihan Selangor Mampu Rampas Piala Sultan Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jurulatih skuad Pilihan Selangor, P. Maniam optimis pasukannya mampu menewaskan skuad Pilihan Singapura bagi merampas Piala Sultan Selangor pada perlawanan edisi ke-10 kejohanan di Stadium Shah Alam pada Sabtu.

Pada perlawanan tahun lepas yang berlangsung di stadium sama, Pilihan Selangor tewas 0-6 kepada skuad yang diberi jolokan 'The Lions'.

Jurulatih berusia 43 tahun itu berkata walaupun pasukannya diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain import iaitu bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist dan bekas pemain Liverpool, Jason McAteer, kehadiran ramai pemain asing yang mendapat kerakyatan Singapura mungkin menyukarkan peluang pasukannya.

"Kalau tidak silap saya, mereka (Pilihan Singapura) mempunyai enam pemain asing, jadi peluang kita untuk menang esok mungkin 50-50," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pasukan itu di Stadium Shah Alam, Jumaat.

Antara pemain asing yang mendapat kerakyatan Singapura ialah Aleksandar Duric dari Bosnia, Daniel Mark Bennett (England) serta Shi Jiayi dan Qiu Li (China). Maniam berkata bagi menghadapi serangan bertali arus daripada skuad Pilihan Singapura esok, beliau akan menggunakan dua khidmat pemain import itu pada awal permainan.

"Saya mungkin akan meletakkan Jesper sebagai pemain sayap kiri untuk menyerang kubu Singapura manakala Jason akan bertindak sebagai pemain pertahanan tengah untuk mengekang kemaraan (penyerang Singapura), Aleksandar Duric," katanya.

Bagi pemain tengah Selangor, Safiq Rahim, beliau mahu rakan-rakan sepasukannya mempamerkan aksi penuh bersemangat apabila turun menentang Pilihan Singapura dalam perlawanan, Sabtu. "Kita baru memulakan sesi latihan sejak seminggu lepas dan ini juga merupakan sebahagian daripada persiapan kita untuk menghadapi suku akhir Piala Malaysia (menentang Perak pada 10 Okt ini)," kata pemain berusia 24 tahun itu.

Jurulatih Pilihan Singapura, Radojko Avramovic yakin pasukannya akan memenangi perlawanan esok.

"Sudah tentu kami mahu memenangi piala ini. Kami serius dan saya mempunyai keyakinan terhadap semua pemain saya," kata jurulatih berusia 62 tahun yang dilahirkan di Serbia.

Beliau berharap dapat menyaksikan perlawanan yang adil dan terbuka.

Selangor dan Singapura masing-masing telah memenangi Piala Sultan Selangor sebanyak empat kali dan menjadi juara bersama pada tahun 2004.

Selangor memenangi piala tersebut pada 2001, 2003, 2005 dan 2008 manakala Singapura muncul juara pada tahun 2006, 2007, 2009 dan 2010. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan