MOM Beri Peluang Terakhir Kepada Persatuan Sukan

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi peluang terakhir sehingga hari ini kepada persatuan sukan kebangsaan untuk menghantar senarai nama atlet dan pegawai mereka yang akan menyertai kontinjen negara ke Sukan SEA KE-26 di Indonesia dari 11 hingga 22 Nov ini.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata persatuan yang gagal berbuat demikian sebelum mesyuarat jawatan kuasa pemilihan Sukan SEA 2011 yang akan diadakan pada petang esok, dikira tidak berminat untuk menyertai temasya sukan dwi-tahunan itu.

"Sehingga kini lima acara sukan iaitu olahraga, kempo, bola tampar, akuatik (beberapa acara) dan petanque masih belum menghantar senarai penuh nama atlet dan pegawai mereka.

"Kita berharap persatuan terbabit dapat mematuhi arahan yang telah dikeluarkan MOM," katanya ketika ditemubual oleh Bernama di Wisma MOM, Ahad.

Beliau berkata pihaknya perlu segera menghantar borang pendaftaran kepada penganjur Sukan SEA 2011 memandangkan pendaftaran akan ditutup pada 30 Sept ini.

"Mengikut perancangan awal kita akan menghantar seramai 950 atlet dan pegawai namun sehingga hari ini, MOM hanya baru menerima 600 pendaftaran daripada persatuan sukan terbabit," katanya.

Sementara itu, Seih berkata Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) terpaksa menarik balik penyertaan atlet beregu wanita apabila salah seorang atletnya, Ng Sock Khim cedera di bahagian siku.

"Oleh kerana gagal mencari pengganti yang sesuai untuk digandingkan bersama Beh Lee Wei, TTAM mengambil keputusaan menarik penyertaan pasukan wanitanya," kata beliau.

Indonesia sebagai tuah rumah Sukan SEA ke-26 menawarkan 542 pingat emas menerusi 43 jenis sukan yang akan diadakan di dua venue utama iaitu di Jakarta dan Palembang.

Kontinjen Malaysia yang diketuai Datuk Naim Mohamad di Jakarta dan Datuk Syed Mustaffa Syed Ali di Palembang dijangka menghantar 950 atlet dan pegawai untuk bersaing dalam 39 acara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan