Sukan SEA Indonesia: MOM Sasar 40 - 50 Pingat Emas

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan sasaran sederhana untuk meraih antara 40 hingga 50 pingat emas bagi kontinjen Malaysia yang akan bersaing di Sukan SEA ke-26 di Indonesia pada November ini.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata antara sukan yang dikenal pasti boleh menyumbang kepada sasaran tersebut ialah akuatik, tenpin boling, memanah, olahraga, karate dan silat.

"Sasaran 40 hingga 50 emas adalah realistik berdasarkan pencapaian terkini atlet negara. Sukan seperti akuatik dan tenpin boling merupakan kekuatan utama kontinjen Malaysia," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Sieh berkata akuatik mampu menyumbang lapan hingga 10 emas, tenpin boling (enam-tujuh) dan begitu juga olahraga, memanah dan karate masing-masing antara empat dan lima emas manakala silat (dua-empat).

Beliau berkata sukan yang menjadi sasaran utama tersebut berupaya menyumbang sehingga 30 pingat emas dan selebihnya dari sukan lain. Sukan lain seperti tinju, taekwondo, angkat berat dan ekuestrian juga mampu menambah kutipan pingat negara, katanya.

Mengenai langkah persatuan sukan yang kebanyakannya menyenaraikan barisan pelapis ke temasya tersebut, Sieh berkata keputusan sama ada untuk menghantar atlet elit atau pelapis bergantung kepada tahap sukan tersebut.

"Jika tahap saingan sukan tersebut tinggi seperti acara badminton dengan penyertaan Indonesia dan Thailand, kita juga perlu menghantar skuad utama," katanya.

Indonesia yang akan menganjurkan temasya dwitahunan ini dari 11-22 November ini menawarkan 542 pingat emas menerusi 43 jenis sukan yang akan diadakan di dua venue utama iaitu di Jakarta dan Palembang.

Kontinjen Malaysia yang diketuai Datuk Naim Mohamad di Jakarta dan Datuk Syed Mustaffa Syed Ali di Palembang dijangka menghantar 650 atlet untuk bersaing dalam 39 acara.

Malaysia tidak mengambil bahagian dalam acara gusti, lumba bot tradisional, tenis lembut dan vovinam (seni mempertahankan diri Vietnam). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan