Skuad Olimpik Malaysia Tewas 0-2 Kepada Jepun

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Olimpik Malaysia gagal menyaingi kepantasan skuad Olimpik Jepun apabila tunduk 2-0 pada perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Jepun pada Rabu.

Gol pertama skuad Samurai Biru itu dihasilkan oleh Higashi Keigo pada minit ke-9 perlawanan.

Bagaimanapun kecekapan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya pasukan tuan rumah itu memberi sedikit kelegaan kepada barisan negara untuk bangkit pada separuh masa kedua.

Ternyata hantaran tepat dan kepantasan yang dipamerkan skuad muda Jepun ini telah membuatkan benteng pertahanan negara terpaksa bekerja keras.

Sepanjang 45 minit pertama, skuad Jepun berjaya melakukan lebih kurang sebelas percubaan, manakala tidak ada percubaan ke arah gol oleh pasukan Malaysia.

Minit ke-40 juga menyaksikan pemain Malaysia Wan Zack Haikal Wan Nor diusung keluar kerana mengalami kecederaan dan digantikan oleh Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

Sementara itu, babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan kendalian Ong Kim Swee ini belum cukup kuat untuk menembusi kubu pertahanan Jepun dan hanya satu percubaan dilakukan sepanjang perlawanan ini.

Pada minit ke-75, pasukan yang dilatih oleh Suzikuza Takashi ini sekali lagi merobek gawang Malaysia menerusi jaringan kemas oleh Yamazaki Ryohei.

Sehingga tamat permainan, skuad Malaysia gagal meraih sebarang gol.

Skuad Malaysia akan meneruskan aksi peringkat kumpulan bertemu Syria pada 23 November ini.

BARISAN PEMAIN MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Muslim Ahmad,Mohd Zubir Mohd Azmi, Mahalli Jasuli, K. Gurusamy, Abdul Shukor Jusoh, Wan Zack Haikal Wan Nor (Wan Zaharulnizam Wan Zakaria), Mohd Fandi Othman, A. Tamil Arasu (Syahrul Azwari Ibrahim), Izzaq Faris Ramlan.

BARISAN PEMAIN JEPUN: Gonda Shuichi, Suzuki Daisuke, Sakai Hiroki, Hamada Mizuki, Sakai Gotoku, Kiyotake Hiroshi, Yamamura Kazuya, Higashi Keigo (Yamazaki Ryohei), Ogihara Takahiro, Osako Yuya (Nagai Kensuke), Haraguchi Genki.

PENGADIL: Abdullah Balideh (Qatar)

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan