Masa Suntuk Untuk Uji Acara Sukan Sea

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya tinggal dua bulan sebelum Sukan SEA ke-26 dirasmikan pembukaannya di Palembang pada 11 November, Indonesia yang menjadi hos masih tidak pasti dengan persiapan sesetengah venue untuk menganjurkan acara dwi-tahunan itu.

Walaupun langkah presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang menandatangani satu peraturan minggu lepas untuk menyelesaikan sesetengah karenah mengenai kelewatan persediaan bagi sukan itu, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA, Indonesia (Inasoc) mungkin memindahkan sesetengah sukan yang ditawarkan di Palembang ke Jakarta.

Menurut akhbar dalam talian Jakarta Globe, masalah kini adalah pusat akuatik di Bandaraya Sukan Jakabaring di Palembang.

Jakarta Globe melaporkan bahawa timbalan pengerusi Inasoc Djoko Pramono berkata persekutuan sukan negara itu mestilah mengadakan acara ujian walaupun tidak pasti status beberapa venue.

Pusat Akuatik itu sepatutnya menjadi hos Kejohanan Renang Kumpulan Umur Asia dari 5 hingga 13 Okt tetapi Persatuan Renang Indonesia memindahkan acara itu ke Pusat Akuatik Gelora Bung Karno di Jakarta setelah diketahui bahawa venue tersebut di Palembang tidak akan siap dalam masa yang ditetapkan.

Venue lain yang belum siap ialah Stadium Atlet juga di Bandaraya Sukan Jakabaring.

Terbuka Sumatera Selatan ditetapkan pada 20 hingga 25 Sept tetapi dijadual semula ke Oktober.

Inasoc juga mungkin memindahkan acara menembak ke lapangan baru di Bandaraya Sukan Jakabaring ke lapangan lama Sriwijaya.

"Kita adakan rancangan pilihan untuk acara menembak. Kita sedang menyediakan lapangan lama untuk acara menembak, Lapangan Menembak Sriwijaya di Palembang yang menjadi hos Sukan kebangsaan itu pada 2004," kata Djoko.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan