Lebih 7,700 Peserta Sertai Larian Adidas KOTR 2 Oktober Ini

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 7,700 peserta dijangka akan mengambil bahagian pada acara Larian 'King of the Road 2011' (KOTR) anjuran Adidas di sepanjang Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) di sini pada 2 Okt ini.

Pengurus Adidas Malaysia, Ng Chee Loon berkata perlumbaan yang merangkumi jarak 16.8km dan 10km itu akan bermula di Sunway Piramid, dekat sini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, katanya, acara larian itu terbahagi kepada dua kategori Lelaki dan Wanita Tertutup iaitu untuk peserta tempatan dan penduduk tetap negara ini.

Manakala kategori Lelaki dan Wanita Terbuka adalah khususnya untuk peserta antarabangsa. Juara kategori Tertutup akan mewakili Malaysia pada pusingan akhir KTOR Asia Tenggara di destinasi akhir di Filipina pada 23 Okt ini.

Selain Malaysia, larian KOTR Adidas itu turut diadakan di Thailand (15 Mei), Singapura (28 Ogos), Indonesia (25 Sept) dan pusingan kemuncak di Filipina pada 23 Okt ini.

Larian edisi Malaysia ke-13 itu disokong oleh Kementerian Kerja Raya, pemegang konsesi NPE, Pantai Expressway Sdn Bhd dan Kumpulan Sunway. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan