Kejohanan 'ilovegolf' Tawar Hadiah Lumayan - Sukan Ekstra | mStar

Kejohanan 'ilovegolf' Tawar Hadiah Lumayan

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan ilovegolf edisi kelima tahun ini mendapat suntikan baru dengan menerima tajaan lumayan daripada Alliance Bank pada aksi bermula 15 September 2011 di Mines Resort & Golf Club.

Kejohanan ilovegolf Alliance Bank 2011 berlangsung dalam sepuluh pusingan di beberapa venue golf terbaik seluruh Malaysia.

Pusingan akhir kejohanan ini akan berlangsung pada 15 Disember ini di Sutera Harbour Golf & Country Club di Sabah.

Antara lokasi yang terlibat termasuk Hills Golf Club (Johor), East Wood Valley, Sarawak, dan Glenmarie Golf & Country Club di Kuala Lumpur.

Program yang diperkenalkan oleh MST Golf ini dianjurkan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam sukan golf, dan dalam masa sama ia mampu merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Pemegang kad keahlian layak menerima segala faedah yang disediakan seperti peralatan golf, peluang menyertai kejohanan, latihan serta kemahiran sukan golf.

Dengan moto Tee-off at the Nation’s Best, pihak penganjur menjangkakan kejohanan tahun ini akan menjadi acara terbaik berdasarkan penyertaan setakat ini.

Setiap peserta diberi cenderamata bernilai RM500 termasuk bola golf, topi, bag, baju dan sebagainya, manakala hadiah untuk hole in-one bakal membawa balik barangan berjenama Williams Sports Gold Series bernilai RM31,390.

Manakala pelbagai hadiah menarik serta cabutan bertuah turut disediakan kepada pemenang pada setiap pusingan.

Sehingga kini lebih kurang 33,000 ahli ilovegolf di seluruh Asia Tenggara.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan