Kindergym Pertama Untuk Latihan Asas Sukan Bagi Kanak-Kanak

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun kini berpeluang berlatih dan mengasah bakat sukan semula jadi mereka dengan menyertai program Kindergym untuk murid pra-sekolah yang dilancarkan di sini, Selasa.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkata, program serta pusat Kindergym yang julung kali diadakan di Malaysia ini turut bertujuan mencungkil bakat baru serta mencari mereka yang berpotensi untuk menyerlah dalam bidang sukan untuk diberi latihan intensif.

"Fokus utama program ialah membantu kanak-kanak ini menguasai perkara asas sukan seperti keanjalan, kerjasama, keseimbangan, lincah, kepantasan, kekuatan dan keberanian.

"Penguasaan perkara asas amat penting untuk mereka lebih maju dalam apa sahaja bidang sukan yang diceburi kelak," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program tersebut di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini.

Kindergym merupakan pusat aktiviti kanak-kanak pra-sekolah bertujuan melatih kekuatan mental dan fizikal mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan.

Beliau berkata melalui pemerhatian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran di China, program ini dilihat berjaya kerana mampu membantu pelajar menguasai kemahiran asas sukan dalam masa lapan bulan sahaja.

"Kita lihat program seperti ini berjaya di China. Dengan latihan selama lapan bulan sahaja, semua pelajar akan mula menguasai kemahiran asas kerana ini penting untuk mereka lebih berjaya," katanya.

Program tersebut merupakan tajaan GK Sport & Recreation, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab membekal dan membangunkan sukan profesional, diasaskan oleh pemenang pingat emas acara gimnastik Niko Kau di Sukan Sea, Manila pada tahun 1991.

Setakat ia dilancarkan pagi tadi, seramai 40 orang pelajar telah mendaftar dengan yuran latihan sebanyak RM100 sebulan.

Sementara itu, Dr Wee berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam program kejurulatihan untuk melatih seramai 40,000 orang jurulatih dalam semua jenis permainan atau sukan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah kerajaan.

"Sebagai guru kita perlu benar-benar mempunyai kemahiran untuk mengajar dan juga terdedah kepada teknik pengajaran terbaru untuk menjadi jurulatih yang baik.

"Kita akan pilih yang terbaik sahaja dan juga yang benar-benar berminat untuk mengajar," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan