Kejohanan Karate Remaja Dan kadet Dunia 13 Oktober Ini

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Melaka menjadi tuan rumah Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia ke-7 yang akan bermula pada 13 hingga 16 Oktober depan di Melaka Internationl Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kejohanan dwi tahunan selama empat hari itu dan kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah, dijangka akan dihadiri lebih 1,000 peserta dan pegawai.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Karate Senior Dunia yang diadakan di Sabah pada 1994.

"Sehingga hari ini 40 dari 53 buah negara telah mengesahkan bertanding dengan penyertaan seramai 915 pemain dan pegawai," katanya pada majlis Pra Pelancaran Kejohanan itu di Dewan Seri Negeri, di sini Isnin.

Antara negara peserta ialah Algeria, Belgium, Mesir, Sepanyol, Jepun dan Singapura.

Katanya kejohanan itu dianjurkan bersama Kerajaan negeri Melaka dan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 13 Oktober.

Mohd Ali yang juga Presiden MAKAF berkata negara menyasarkan sekurang-kurangnya dua pingat emas daripada 33 pingat yang dipertandingkan dan antara acara ialah individu perseorangan junior dan kadet serta acara berpasukan.

"Walaupun Malaysia belum pernah memenangi apa-apa pingat dalam kejohanan seumpama ini sejak dipertandingkan pada tahun 2003 tetapi kita berharap kejohanan di tempat sendiri dapat menyuntik semangat para peserta negara," katanya.

Beliau berkata kos kejohanan sebanyak RM5.22 juta dan persediaan selaku tuan rumah berjalan lancar di mana semua fasiliti seperti hotel penginapan peserta dan dewan pertandingan diatur dengan baik.

Antara negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah Algeria, Belgium, Mesir, Sepanyol, Jepun dan Singapura.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan