Boling: Pemain Pamer Prestasi Menyakinkan

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia akhirnya mendapat kembali rentak permainan dalam acara berpasukan Kejohanan Wanita Dunia yang diadakan di Hong Kong, China, di sini, Jumaat.

Pada perlawanan blok pertama tiga permainan yang berlangsung di Hong Kong Bowling City, pasukan Malaysia terdiri Zatil Iman Abdul Ghani, Sharon Koh, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Esther Cheah dan Jacqueline Sijore, menjatuhkan 3,276 pin untuk menduduki tangga kelapan.

Juara Terbuka Malaysia 2011 dan Kebangsaan, Zandra Aziela, muncul pemain terbaik Malaysia pada perlawanan itu dengan catatan 682 pin.

Menurut laman web rasmi pertandingan, pasukan Malaysia hanya ketinggalan 143 pin daripada pendahulu semasa, Denmark, yang mencatatkan 3,419 pin selepas tiga permainan.

Pasukan Denmark diekori rapat oleh pasukan Singapura dan Korea Selatan, masing-masing dengan catatan 3,377 dan 3,372 pin. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan