Shorinji Kempo Mahu Bawa Tiga Emas Dari Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun acara Shorinji Kempo pertama kali diperkenalkan di Sukan SEA Indonesia, skuad itu mensasarkan tiga pingat emas berdasarkan kemampuan dan kebolehan setiap 'kenshi' (atlet) untuk menyerlah pada temasya berkenaan.

Setiausaha Agung Persekutuan Shorinji Kempo Sabah (PSKS) David Chin Soon Fah berkata melalui sesi latihan yang dijalankan, setiap kenshi telah mempamer prestasi yang sangat baik dari semasa ke semasa.

"Sebaik selesai sesi pemilihan menyeluruh dijalankan pada Jun lepas, pihak PSKS telah menyusun jadual latihan pusat di Kota Kinabalu di bawah kendalian 'Chief Instructor', David Wang," katanya, Rabu.

David berkata seramai 13 atlet dipilih untuk menggalas cabaran negara dalam beberapa acara termasuk Randori, Embu, Embu Kyu kenshi, dan Kumi Embu Yudansha.

Beliau berkata sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan SEA, seramai 15 atlet dan pegawai akan berlepas ke Jakarta bagi menyertai acara Test event Shorinji Kempo SEA Games bermula dari 9 hingga 11 September ini.

"Acara ini akan dijadikan platform untuk menguji prestasi serta memberi pendedahan terutamanya dari segi mental kepada setiap atlet sebelum menghadapi Sukan SEA yang sebenar pada 11 hingga 23 November ini.

"Kami juga berharap melalui acara ini, sebarang kelemahan dapat diperbaiki serta diatasi dan setiap atlet mampu memanfaatkan peluang sebaiknya, menguji ketangkasan kenshi dari enam negara lain yang turut bersaing iaitu Brunei, Kemboja, Laos, Timor Leste, Vietnam, dan Indonesia," katanya.

David berkata Shorinji Kempo merupakan salah satu cabang sukan tempur dan seni beladiri yang berasal dari Jepun serta masih baru dan kurang dikenali di Malaysia.

Beliau berkata Shorinji Kempo merupakan seni bela diri yang lengkap tanpa memerlukan senjata serta menggabungkan teknik-teknik keras seperti tumbukan, tendangan dan bertahan.

"Selain teknik keras, ia juga melibatkan teknik-teknik lembut seperti menangkap dan mengunci pergerakan di samping mengaplikasi teknik mengesan kelemahan lawan yang membuatkan ia berkesan sebagai sukan mempertahankan diri.

"Di Malaysia, sukan ini kurang mendapat sambutan namun di negara jiran Indonesia, Shorinji Kempo sangat dikenali malah di seluruh negara itu terdapat cawangan persatuan kempo sendiri.

"Pembangunan sukan Shorinji Kempo juga sangat pesat di Indonesia sehingga ia diiktiraf sebagai sukan rasmi National Olympic Committee of Indonesia sejak tahun 1970 lagi," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan