Song Hwa Tekad Pertahan Emas Baling Tukul Besi Di Palembang

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet acara baling tukul besi wanita Tan Song Hwa berazam untuk mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA di Palembang, Indonesia pada November nanti.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Laos 2009 ini berkata beliau yakin mampu mengekalkan gelaran itu walaupun gagal meraih pingat ketika beraksi di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 di Shenzhen, China baru-baru ini.

"Saingan di peringkat Sukan SEA adalah lebih mudah berbanding Universiade kerana ia dua kejohanan yang berbeza.

"Saya yakin mempunyai keupayaan untuk terus mengekalkan gelaran juara di Palembang," katanya.

Song Hwa berkata pengalaman beraksi di Shenzhen memberi penganjaran bermakna kepadanya supaya lebih bersedia dan tidak terburu-buru ketika membuat balingan.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan