FIH Batalkan Kejohanan Lelaki Di India

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Harapan India untuk menjadi hos pertandingan utama Trofi Kejohanan Lelaki punah selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menarik balik haknya berikutan "perbalahan berhubung penguasaan sukan hoki di negara itu".

Dalam satu kenyataannya pada Selasa, FIH berkata venue baru akan diumumkan dalam tempoh seminggu ini dan edisi ke-33 akan diadakan dari 3 hingga 11 Disember, sebagaimana dijadualkan sebelum ini.

"Kami terkilan terpaksa memindahkan Trofi Kejohanan dari India.

"Ini menyukarkan pasukan-pasukan berkenaan, penganjur dan peminat. Tapi, kami rasa inilah satu-satunya cara untuk menjaga integriti sukan kita," kata Presiden FIH Leandro Negre.

Pegawai-pegawai hoki India masih tidak dapat menyelesaikan pertikaian yang telah lama berlarutan bagi memilih badan kebangsaan tunggal untuk mengendali sukan itu di negara tersebut, mengikut Kanun dan Piagam Olimpik FIH.

Persekutuan Hoki India (IHF) dan Hoki India masih bertelagah tentang pihak mana yang harus mengawal sukan kebangsaan itu, yang cukup diminati selepas kriket di negara itu.

India menjadi hos Hoki Piala Dunia Lelaki di Delhi pada Mac 2010. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan