Kelayakan LPGA Tawar Empat Tempat Untuk Pemain Tempatan Dan Asia

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lagi tempat kini menjadi rebutan bagi pemain golf Malaysia dalam kejohanan Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) Sime Darby Malaysia 2011 melalui sesi kelayakan.

Selain dua tempat yang diperuntukkan bagi pemain golf, sesi kelayakan itu juga menyediakan dua tempat bagi pemain golf wanita Asia.

"Sesi kelayakan itu terbuka kepada pemain golf profesional atau amatur dengan handicap 2.0 atau kurang.

"Dua pemain Malaysia dan dua pemain rantau ini dengan markah paling rendah sepanjang dua hari itu akan mendapat jemputan untuk bermain dalam LPGA Sime Darby Malaysia 2011 yang berlangsung dari 13-16 Oktober," katanya.

Sebelum itu, dua pemain golf Malaysia, Kelly Tan dan Jean Chua, menerima jemputan penaja bagi Sime Darby LPGA Malaysia 2011.

Dua puluh pemain pilihan akan bersaing bagi empat tempat dalam sesi kelayakan dua hari bagi 36 lubang yang akan berlangsung pada Selasa di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Bukit Kiara, di sini.

Antara 10 pemain Malaysia yang bertanding dalam sesi kelayakan adalah mereka yang layak pada tahun lepas iaitu Aretha Pan dan Diana Tham.

Selain mereka ialah Shereen Rena Lai, Genevieve I-Rynn Ling, Yong Mei Khuan, S.Kalpana Devi, Janice Ling Hui Shin, Loy Hee Ying, Nur Nur Musrifah Ilham Armalis dan Ainil Johani Abu Bakar.

Thailand menghantar tujuh pemain termasuk pemain yang layak tahun lepas iaitu Tiranan Yoopan.

Pemain lain di rantau ini yang telah mengesahkan untuk menyertai kejohanan itu ialah Valerie Tan dari Brunei, Su Ann Heng (Singapura) dan Kim Hei-ji (Korea Selatan).

Baru-baru ini, Sime Darby mengesahkan bahawa pemain nombor Satu Dunia, Yani Tseng dan tiga pemain profesional Amerika, Paula Creamer, Cristie Kerr dan Michelle Wie, akan bertanding dalam kejohanan tahun ini.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan