Larian Maraton Malam Putrajaya Tarik 6,000 Peserta

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Larian Maraton Malam Putrajaya yang akan berlangsung pada 15 Oktober ini telah menarik seramai 6,000 peserta sejak dilancarkan pada Julai lalu.

Pengarah perlumbaan Nithiaseelan Vegayathunam berkata, Larian Maraton Malam Putrajaya ini dianggap sebagai satu fenomena di Malaysia.

“Sukan bola sepak adalah satu acara yang menjadi tumpuan seluruh dunia tetapi maraton merupakan acara yang disertai ramai kerana ia murah dan mudah untuk dipilih.

"Kamu hanya perlu menyediakan kasut yang selesa dan mulakan larian,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Vegayathunam berkata, sejak ia dilancarkan dua bulan lalu, pihaknya telah menerima sambutan menggalakkan dari peserta-peserta seluruh dunia termasuk Australia, Singapura dan Kenya.

“Sasaran tahun ini ialah untuk mencapai 10,000 peserta dan kami akan menutup penyertaan selepas mencapai sasaran itu. Bagaimana pun, saya berharap sesiapa yang ingin menyertai acara ini agar dapat menghantar borang secepat mungkin.

Yuran penyertaan sebanyak RM75 (penuh) dan RM65 (separuh maraton), manakala bagi kategori 10km yuran sebanyak RM55 dan RM35 untuk Fun Run.

Pemenang-pemenang dalam semua kategori bakal menerima hadiah keseluruhan sebanyak RM85,000. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September 2011 ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan