Lapan Pelayar Negara Bawa Cabaran Ke Saingan Kelayakan Olimpik

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Lapan pelayar dipilih untuk membawa cabaran Malaysia ke saingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 selama dua minggu di Perth, Australia mulai 3 Disember ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata, pemilihan mereka dibuat berdasarkan pencapaian pelayar-pelayar berkenaan dalam beberapa kejohanan yang lepas.

"Kami menaruh harapan kepada beberapa pelayar terutama pelayar elit Khairulnizam Mohd Afendy untuk mencapai kejayaan serta menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012," katanya, Isnin.

Pelayar yang disenaraikan ialah Mohd Khairulnizam dan Mohd Romzi Mohammad dalam acara Laser Standard, Khairuneeta Mohd Afendy dan Nur Amira Hamid acara Laser Radial manakala bagi International 470, acara wanita diwakili Khairul Nisa Mohd Afendy dan Nur Ashikin Mohd Sayed sementara bahagian lelaki Ku Anas Ku Zamil serta Mohammad Hafizudin Mazlan.

Sebelum ini mereka didedahkan dengan menyertai Olympic Test Event di Weymouth, London dan berhadapan saingan 400 pelayar dari 68 negara. Mereka bertanding dalam empat kelas acara Laser dan International 470.

Beliau berkata hampir 80 peratus pelayar yang mengambil bahagian di Weymouth adalah pelayar yang layak ke Olimpik.

Selain itu, pelayar Malaysia turut menyertai lima Kejohanan Jelajah Eropah pada bulan Julai dan Ogos lepas, bagi persiapan Sukan SEA 2011.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan