Boling: Malaysia Di Landasan Betul Untuk Buru Pingat Pertama

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain muda elit boling negara Jacqueline Sijore mempamerkan permainan cemerlang pada penampilan pertamanya di Kejohanan Wanita Dunia 2011 di Hong Kong, Sabtu.

Pemain berusia 19 tahun yang berasal dari Sarawak itu mengungguli pertandingan perseorangan Squad 2 dengan jatuhan pin 1,486 selepas enam perlawanan.

"Saya tak sangka dapat bermain dengan begitu cemerlang. Saya melakukan balingan demi balingan, dan ternyata ia menjadi. Saya harap dapat melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan mampu sumbangkan satu pingat untuk Malaysia," beliau dipetik sebagai berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan Kongres Tenpin Boling Malaysia.

Jacqueline kini di tempat kedua, hanya 10 pin di belakang pemain Korea Selatan Son Yun-Hee.

Hanya empat pemain di tangga teratas akan mara ke perlawanan suku akhir, Ahad.

Jurulatih Holloway Cheah berkata Jacqueline sememangnya berhak mendapat pingat kerana pemain itu sangat fokus dan membuat balingan tepat melakukan 'spare'.

Sementara itu, Esther Cheah yang turut bermain dalam Squad 2, bermain dengan baik dengan jatuhan pin 214, 256, 216, 216, 228 dan 200 (jumlah keseluruhan 1,330) untuk berada di tempat ke-15.

Terdahulu, dalam Squad 1, Sharon Koh dan Sin Li Jane menamatkan cabaran masing-masing dengan jatuhan pin 1,301 dan 1,256.

Esther menduduki tempat ke-26 manakala Sharon dan Li Jane masing-masing di tangga ke-40 serta 64.

Ahad, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dan Zatil Iman Abdul Ghani akan beraksi dalam Squad 3. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan