Skuad Kejohanan Dunia Kekal Untuk Sukan SEA Jika Menang Emas - Holloway

Diterbitkan: Rabu, 31 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad boling negara akan dikekalkan untuk Sukan SEA Indonesia 2011 jika mereka berjaya merangkul pingat emas pada Kejohanan Wanita Dunia yang akan bermula di Hong Kong pada Khamis, kata jurulatih negara Holloway Cheah.

Katanya beliau mempunyai ramai pemain elit untuk dipilih dan akan melakukan penilaian prestasi semua pemain negara pada kejohanan tersebut sebelum memutuskan skuad Sukan SEA pada November ini.

"Sekiranya pasukan negara merangkul pingat emas pada kejohanan dunia ini, maka saya tidak lihat mengapa kita perlu melakukan rombakan bagi menghadapi Sukan SEA nanti," katanya kepada Bernama.

Skuad negara pada kejohanan dunia sehingga 11 September ini diwakili oleh Esther Cheah, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Sharon Koh, Sin Li Jane, Zatil Iman Abdul Ghani dan Jacqueline Jenelee Sijore.

Skuad elit negara terdiri daripada Shalin Zulkifli, Wendy Chai, Siti Safiyah Amirah, Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamalidon, Hee Kar Yen dan Siti Shazwani Ahmad Suhaimi.

Selain skuad kejohanan dunia, Cheah berkata Malaysia juga sedang menyertai acara lelaki dan wanita pada Kejohanan PBAP Bevida-Storm International Classic yang berakhir di Manila, Filipina, Rabu.

Mengenai persiapan Sukan SEA Indonesia, Cheah berkata Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) telah menyenaraikan program latihan khusus untuk meningkatkan standard pemain negara.

Berdasarkan prestasi semasa, katanya, beliau percaya skuad negara akan menjadi lebih mantap menjelang temasya dwitahunan itu bagi menghadapi cabaran pasukan Singapura dan tuan rumah Indonesia.

Acara boling pada Sukan SEA ke-26 dari 11 hingga 24 November ini akan diadakan di Pusat Boling Ancol, Jakarta. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan