Piala Presiden Medan Pemilihan Atlet Sukan Sea

Diterbitkan: Isnin, 29 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Besbol Piala Presiden kali ke-4 peringkat kebangsaan bulan depan bakal menjadi medan pemilihan atlet untuk ke Sukan SEA Indonesia, November ini.

Presiden Persekutuan Besbol Malaysia (PBM), Datuk Noh Abdullah berkata melalui kejohanan ini seramai 40 atlet akan dipilih oleh ahli jawatankuasa pemilih dan senarai akhir anggota pasukan akan diketahui sebelum pertengahan Oktober.

Kejohanan Piala Presiden yang akan berlangsung di Padang Astaka Jalan Utara, Petaling Jaya dari 8 hingga 11 Sept ini bakal disertai 10 pasukan terdiri daripada kelab-kelab dan pasukan besbol dari institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

"Setakat ini, tujuh dari 20 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka dan kebanyakan mereka sudah mula berlatih sejak Julai lepas," katanya kepada Bernama.

Antara pasukan yang layak ke kejohanan itu ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Persatuan Besbol Kuala Lumpur, Kelab Banturaz Rhinos dari Bandar Tun Razak, Kelab Besbol Patriots dan Kelab Cougars dari Keramat. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan