Pasukan Ragbi Negara Buru Slot Ke Kejuaraan Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan ragbi tujuh sebelah negara memulakan misi memburu slot ke kejuaraan dunia menerusi Kejohanan HSBC Sevens Asian Series di Shanghai, China.

Pemangku Pengarah Kejurulatihan Kesatuan Ragbi Malaysia Afandi Noordin berkata kejohanan yang merangkumi beberapa siri itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin skuad negara bagi mengumpul mata untuk layak ke Kejohanan HSBC Sevens World Series tahun depan.

"Mengikut format Lembaga Ragbi Dunia, dua negara yang berjaya mencatat keputusan yang baik sepanjang siri kejohanan akan layak secara automatik ke kejuaraan dunia itu pada tahun depan," katanya, Sabtu.

Beliau berkata selepas kejohanan dua hari di Shanghai, siri seterusnya akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 24 hingga 25 Sept ini, diikuti di Thailand pada Oktober dan penutupnya di Goa, India pada November nanti.

Afandi berkata kejohanan tersebut bakal menghimpunkan kuasa besar ragbi Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Kazakhstan, Sri Lanka, Filipina, Singapura dan Thailand.

"Walaupun pasukan negara bakal menghadapi laluan sukar pada kejohanan itu nanti, namun saya yakin mereka mampu memberi saingan hebat kepada pasukan negara lain," katanya.

Beliau berkata keyakinan tersebut dilahirkan selepas kejayaan pasukan negara menewaskan Hong Kong seterusnya menjuarai Cabaran Kesatuan Ragbi Asia 7's di Johor Baharu pada Julai lepas.

Afandi berkata sebagai persiapan akhir menghadapi siri kejohanan itu, pasukan negara mengadakan sesi latihan pusat secara intensif sejak sebulan lepas di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor dan di Universiti Putra Malaysia, Serdang. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan