Skuad Bola Tampar Duduk Sertai Kejohanan Di Iran

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan menyertai acara bola tampar duduk pada Kejohanan Sukan Paralimpik Antarabangsa di Esfahan, Iran, dari 6 hingga 13 Sept ini.

Kejohanan itu juga bakal menjadi medan persiapan untuk skuad bola tampar duduk negara bagi menghadapi temasya Sukan Para Asean di Solo, Indonesia pada Disember ini.

Jurulatih pasukan bola tampar duduk kebangsaan, Mohammad Nasiruddin Mohd Hashim berkata kejohanan yang buat julung kali diadakan itu penting sebagai pendedahan kepada kedua-dua pasukan lelaki mahu pun wanita.

"Seperti yang kita tahu, negara tuan rumah Iran, merupakan kuasa besar dalam acara bola tampar duduk bukan sahaja di rantau ini malah di peringkat antarabangsa.

Oleh itu peluang untuk beraksi dengan mereka harus digunakan sepenuhnya oleh pemain negara bagi mempersiapkan mereka ke Sukan Para Asean nanti, katanya kepada Bernama, di sini Khamis.

Dia ditemui selepas majlis penyerahan bendera DBKL oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail kepada ketua kontinjen Malaysia ke Esfahan, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Mohammad Nasiruddin berkata kesemua atlet dipilih dan disenarai pendek untuk mewakili Malaysia melalui dua kejohanan iaitu Kejohanan Pertama Bola Tampar Duduk Ambank pada Mei lalu dan Karnival Sukan Paralimpik DBKL pada Julai lepas.

Sebagai persediaan ke Esfahan, skuad bola tampar duduk negara telah memulakan sesi latihan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi bermula sebelum bulan Ramadan lagi.

Menurut Nasiruddin, latihan berlangsung pada setiap hujung minggu selama empat jam bagi satu sesi di samping mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan kelab sekitar Kuala Lumpur.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan