SAM, KBS Perlu Teruskan Tradisi Majlis Berbuka

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu anggota Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan warga kementerian itu meneruskan tradisi majlis berbuka puasa bersama.

Beliau berkata hubungan akrab dan kerjasama antara kedua-dua pihak perlu diteruskan demi kepentingan pembangunan sukan negara.

"Kita harus sedar masa depan sukan negara bukan saja bergantung pada pihak Majlis Sukan Negara dan pihak penaja, malah memerlukan sokongan pihak media," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa SAM di sebuah hotel di sini Khamis.

Beliau yang mengucapkan Selamat Aidil Fitri kepada semua rakyat Malaysia, turut mengingatkan atlet agar menjaga pemakanan di musim perayaan ini.

Majlis itu dihadiri lebih 120 anggota SAM, termasuk Presidennya, Ahmad Khawari Isa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan