Boling: Muhammad Nur Aiman Kembali Berlatih

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah dua bulan berehat akibat cedera, atlet boling negara Muhammad Nur Aiman Khairuddin kini kembali berlatih dan tidak sabar beraksi di kejohanan Terbuka Kuala Lumpur pada 21 hingga 29 Okt ini.

Beliau yang cedera di pergelangan tangan kiri, mula berlatih bersama skuad kebangsaan Isnin lepas.

"Kecederaan telah pulih sepenuhnya. Fokus saya sekarang adalah Terbuka Kuala Lumpur, dan pastinya saya mahu menang," katanya kepada Bernama.

Atlet berusia 23 tahun itu mempamerkan prestasi cemerlang pada Kejohanan Terbuka Canon Mei lalu apabila dinobatkan juara kategori Masters lelaki.

Beliau juga membantu negara meraih perak dalam acara berpasukan lelaki pada Sukan Asia di Guangzhou tahun lalu, selain memenangi Kejohanan Klasik Selangor 2009.

Meskipun teruja dapat beraksi semula dan ingin segera meningkatkan momentum permainannya, Muhammad Nur Aiman terpaksa menangguhkan latihan buat seketika untuk menyambut Hari Raya Puasa minggu depan.

"Saya dan seluruh ahli keluarga akan berkumpul di Port Dickson hari raya ini, beraya sambil bercuti bersama," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan