LPGA Sime Darby: Cristie Kerr, Michelle Wie Kembali Beraksi

Diterbitkan: Khamis, 25 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor dua dunia, Cristie Kerr dan Michelle Wie mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) Sime Darby 2011.

Kejohanan akan berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), Bukit Kiara dari 13 hingga 16 Okt.

Menurut kenyataan penganjur kejohanan, kedua-dua pemain Amerika itu akan bertarung dengan beberapa lagi pemain beranking tinggi.

Kerr yang terkenal dalam kejohanan LPGA sejak 1997, kini menduduki ranking kedua golf sedunia wanita (sehingga 8 Ogos), ranking tertinggi di kalangan pemain golf wanita Amerika.

"Saya gembira untuk mengesahkan saya akan sekali lagi bermain di Malaysia pada Oktober. Saya mempunyai kejohanan yang baik tahun lalu tetapi akan memperbaiki persembahan tahun ini," katanya yang dipetik dalam kenyataan itu.

Wie pula yang menjadi pemain profesional pada 2005, turut teruja untuk kembali bermain di Malaysia.

"Saya mahu kembali semula ke Malaysia tahun ini. Saya rasa dialu-alukan tahun lalu apabila tiba untuk menyertai kejohanan dan saya terharu menjadi ahli kehormat KLGCC dan tinggal di salah sebuah rumah Sime Darby Property di Turnberry Villas semasa kejohanan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan