KOAM Hidupkan Kembali Program Kids Athletics

Diterbitkan: Rabu, 24 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) akan menghidupkan semula program 'Kids Athletics', iaitu satu pendekatan dalam memperkenalkan sukan kepada kanak-kanak di sekolah, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan pelapis atlet berkaliber.

Pengarah kejurulatihan Koam Mohd Musa Noor Mohd berkata program itu yang diperkenalkan Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF), pernah dilaksana di negara ini pada tahun 2000 tetapi dihentikan pada 2005.

"Semasa diperkenalkan, konsepnya sama seperti program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran sekarang iaitu 'Satu Murid Satu Sukan'. Malangnya terdapat beberapa masalah dan program Kid Athletics itu dihentikan pada tahun 2005," katanya kepada Bernama, Rabu.

Program Kids Athletics IAAF mensasarkan golongan kanak-kanak yang berumur antara 7 dan 12 tahun yang akan diajar teknik asas sukan seperti acara pecut, berlari, melompat dan melontar.

Mohd Musa berkata program tersebut dijangka dapat menyediakan satu kumpulan atlet pelapis yang besar dalam memastikan negara tidak akan ketandusan bakat sukan.

Beliau berkata Koam juga telah melaksanakan beberapa program kejurulatihan di setiap negeri dalam usaha mencungkil bakat baru atlet olahraga dan melahirkan jurulatih yang berwibawa.

Bermula Januari sehingga Disember ini, selain kursus kejurulatihan tersebut, Koam juga mengadakan klinik olahraga di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil.

Beliau berkata tumpuan utama klinik itu adalah untuk terus mengasah bakat atlet lepasan sekolah atau mereka yang gagal memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

"Di peringkat sekolah, mereka ada Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) dan di IPT ada Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum). Bagaimana nasib yang tercicir selepas tamat tingkatan Lima tetapi berpotensi besar menjadi atlet handalan," katanya.

Sehubungan itu katanya, Koam akan bertemu dengan MSSM dan Masum untuk memastikan terdapat program berterusan yang menjadi penyambung di antara dua badan tersebut demi melahirkan atlet yang berwibawa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan